Powered By Blogger

Rabu, 31 Julai 2013

Mendekati Perniaga - Perniaga Di Kampung......

Rabu, 31 Julai 2013, Lagi kisah perniaga-perniaga di kawasan kampung...kali nie saya cover kawasan sebelah kiri Sungai Perak. Kajian bermula dari Kg. Tg. Aur, Pulau Pisang hingga ke Kg. Teluk Sena, Lambor Kiri. (memang bengkok pinggang gue)

Fokus utama pada hari ini adalah pada perniaga - perniaga kecil..seperti Kedai Runcit, benkel, dan lain-lain perniagaan kecil.


Semasa kajian ini dijalan kan saya mendapati purata satu Kampung mempunyai 2 buah kedai, naman bergitu terdapat satu kedai runcit dibawah Koperasi masyarakat kampung. terdapat juga kedai dibawah proram Agro Bazar, dengan adanya bantuan sebergini perniaga kecil dikawasan kampung mampu meningkatkan jualan dan perkhidmatan perniagaan.

hasil daripada kajian hari ini terdapat 20 perniaga aktif, 10 perniaga yang tidak bukak kedai...
:-)

dengan menaiki motosikal dapat cover lebih jauh....Panas pn lebih gak..

Sempadan Dun Bota dengan Dun Kg. Gajah

Terima Kasih Dato......

Selasa, 30 Julai 2013, satu Program Sumbangan Baju Raya yang bertempat di Pasar Raya Mydin Meru, Perak telah dijalankan. Program ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Dun Bota, dengan kerjasama Technology Park Malaysia (TPM). Program ini telah melibatkan 40 orang anak-anak yatim dan miskin di kawasan Dun Bota ini.


 Program ini bermula pada jam 3:40 pm, setibanya mereka di Mydin peserta program diberi taklimat ringkas oleh pengurus operasi Maydin. Peserta program telah diberi masa sebanyak 1 jam setengan bagi mereka mencari pakaian yang mereka inginkan. peserta turut dibantu oleh kaki tangan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Bota, Technology Park Malaysia dan tidak ketinggalan beberapa orang pegawai dari Perak Coperation.

Yang Berhormat Dato' Nasarudin Hashim turut membantu kanak-kanak memilih baju raya

Ternyata kesenyuman yang terpancar dari wajah anak - anak ini, dengan sumbangan ini mereka dapat menyambut Aidhilfitri ini dengan lebih meriah. Inilah tujuan asas Yang Berhormat Dato' Nasarudin Hashim yang ingin membawa kemeriahan Aidhilfitri kepada mereka.
 
Ucapan Terima Kasih turut diucapkan oleh anak - anak yatim dan miskin...mereka sangat gembira dangan pemberian ini. Senyuman Kegembiraan turut terpancar dari wajah anak - anak ini, Syukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T....

Tidak dilupakan ucapan Terima Kasih kepada Technology Park Malaysia(TPM) yang turut bersama menganjurkan program Sumbangan Baju Raya pada tahun ini.






Pada jam 6:00pm semua peserta program dan kaki tangan penganjur bergerak pulang

Selasa, 23 Julai 2013

Jauh perjalanan luas pemandangan sampe Tak Sebo Teman..

Assalamualaikum...dan slamat sejahtera...sudah seminggu teman manjalankan kajian perniaga-perniaga kecil nie..byk gak halangan yg datang..maklum la blun Ramadan Al-Mubarak...pada awal minggu ini saya mula turun ke kawasa KG. Senin sehingga Simpang 4 Bota Kanan. yang menarik kat sini, kg - kg terletak menyusuri Sungai Perak. Jadi ble ade sungai ade la kiri dan kanan...jenoh jugak la nk..habis disebelah kanan beralih ke KG. yang ade di sebelah kanan..

So far..kajian berjalan dengan lancar..kesemua perniaga yang teman jumpe memberi kerjasama yg baik...so senang la skit...nasib bln ramadan..klu tak misti mmg kenyang di blanja Tauke kedai.....silap - silap ade yang nk wat Menantu..hahahaha...

sedang leka melakukan kajian sedar  tak sedar teman dh masuk ke kawasan org lain..kajian teman nie telajak sampe ke Dun Belanja....mintak maaf la klu temasuk kawasan tak perasan dh masuk kawasan org..hehehe
Dah sampe KEM KOTA, Layang - Layang kanan. Teman merayap
(sorry ek..temasuk kawasan)

Kajian ini baru mencapai 30% jer..masih panjang harap - harap sebelum Raya nie teman dapat selesaikan proses keji selidik nie.... :)

Khamis, 18 Julai 2013

Tugasan sebagai Researcher

Ini merupakan tugasan yang agak menarik...walau nampak susah (memang susah pon) tetapi sangat menarik..kerana di sini saya akan menyelami masyarakat Dun bota ini. Research atau kajian yang dimaksudkan mengenai Perniaga - perniaga kecil serdahana yang berniaga di kawasan Dun Bota ini.

Antara Objektif kajian ini ialah:
1. Mengetahui masalah yang dihadapi oleh perniaga-perniaga kecil serdahana.
2. Menyemak semula peniaga tempatan dan luar.
3. Menbina Data Base perniaga.

                                                  Antara perniaga - perniaga yang ditemu ramah

Dengan adanya kajian ini Pusat Khidmat Masyarakat Dun Bota dapat mengenal pasti perniaga - perniaga yang perlu dibantu agar mereka dapat meningkatkan perniagaan mereka. Buat masa ini Kampong Lambor Kanan Telah menjadi Lokasi pertama Kajian ini dijalan kan......

saya juga berharap para peniaga memberi kerja sama dalam kajian ini...Teman Turut Mengalu - Ngalukan sebarang Cadangan yang boleh Membantu dalam kajian ini. 


Assalamualaikum...terlebih dahulu, ingin saya nyatakan bahawa blog ini merupakan kisah peserta program Amanjaya Internship 2013 yang ditugaskan di N39 - Dun Bota. apa - apa pon boleh panggil saya Onn lebih mesra dan lebih Mudah di ingati.....di sini saya berkhidmat dengan YB Dato' Nasarudin....



Jumaat, 12 Julai 2013