Powered By Blogger

Rabu, 31 Julai 2013

Terima Kasih Dato......

Selasa, 30 Julai 2013, satu Program Sumbangan Baju Raya yang bertempat di Pasar Raya Mydin Meru, Perak telah dijalankan. Program ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Dun Bota, dengan kerjasama Technology Park Malaysia (TPM). Program ini telah melibatkan 40 orang anak-anak yatim dan miskin di kawasan Dun Bota ini.


 Program ini bermula pada jam 3:40 pm, setibanya mereka di Mydin peserta program diberi taklimat ringkas oleh pengurus operasi Maydin. Peserta program telah diberi masa sebanyak 1 jam setengan bagi mereka mencari pakaian yang mereka inginkan. peserta turut dibantu oleh kaki tangan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Bota, Technology Park Malaysia dan tidak ketinggalan beberapa orang pegawai dari Perak Coperation.

Yang Berhormat Dato' Nasarudin Hashim turut membantu kanak-kanak memilih baju raya

Ternyata kesenyuman yang terpancar dari wajah anak - anak ini, dengan sumbangan ini mereka dapat menyambut Aidhilfitri ini dengan lebih meriah. Inilah tujuan asas Yang Berhormat Dato' Nasarudin Hashim yang ingin membawa kemeriahan Aidhilfitri kepada mereka.
 
Ucapan Terima Kasih turut diucapkan oleh anak - anak yatim dan miskin...mereka sangat gembira dangan pemberian ini. Senyuman Kegembiraan turut terpancar dari wajah anak - anak ini, Syukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T....

Tidak dilupakan ucapan Terima Kasih kepada Technology Park Malaysia(TPM) yang turut bersama menganjurkan program Sumbangan Baju Raya pada tahun ini.






Pada jam 6:00pm semua peserta program dan kaki tangan penganjur bergerak pulang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan